Home Tempatan Perlembagaan Iktiraf Hak Asasi Mak Nyah – Hishamuddin Yunus

Perlembagaan Iktiraf Hak Asasi Mak Nyah – Hishamuddin Yunus

SHARE

Kuala Lumpur: Perlembagaan mengiktiraf hak asasi mak nyah untuk bebas mengamalkan kegiatan mereka. Dato’ Seri Mohd Hishamudin Yunus sebelum ini membuat penghakiman bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi perlembagaan. Ini adalah kerana perlembagaan mengiktiraf hak asasi ‘pondan’. Penghakiman tersebut dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan dan sering dirujuk oleh pihak-pihak yang memperjuangkan hak golongan transgender sebagai penghakiman yang memberikan nafas perlembagaan kepada perjuangan kumpulan tersebut. Undang-undang enakmen jenayah syariah yang menghalang lelaki berpakaian seperti seorang wanita perlu dihapuskan. Ini kerana undang-undang seperti ini mendiskriminasi dan melanggar hak asasi manusia.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat di peringkat Mahkamah Rayuan tersebut telah ditolak di peringkat Mahkamah Persekutuan. Hishamudin juga menyatakan kekesalan dengan keputusan kes Mahkamah Persekutuan kerana tidak memihak kepada mak nyah. 

“Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam tahun 2015 dalam kes Muhamad Juzaili (transgender) yang mengenepikan atas sebab teknikal keputusan Mahkamah Rayuan yang mempertahankan hak asasi 3 orang transgender Negeri Sembilan untuk memakai pakaian wanita amat dikesali kerana pendapat saya, keputusan Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu …” kata beliau yang mempengerusikan kes tersebut.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah menolak penghakiman yang dilakukan oleh Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Dato’ Seri Mohd Hishamuddin Yunus itu atas alasan teknikal kerana pihak responden melakukan prosiding tidak sah serta mengikut saluran yang salah dari segi undang-undang kerana tidak mengikut keperluan Perkara 4 Perlembagaan. 

Beliau yang turut hadir dalam Forum Perkembangan Islam di Malaysia anjuran Sisters in Islam baru-baru ini menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. 

Menurut beliau, walaupun Islam diisytiharkan sebagai agama Persekutuan, namun Malaysia adalah sebuah negara sekular. Dan ini bermakna pemerintahannya tidak berlandaskan ajaran mana-mana agama seperti yang telah ditekankan oleh Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. 

Mengenai pindaan Rang Undang-Undang 355 yang diusulkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Haji Awang, beliau berpendapat ianya mengabaikan prinsip keadilan berkadar dalam undang-undang jenayah. 

Comments