Home Tempatan Perkukuh perpaduan di bulan Ramadan

Perkukuh perpaduan di bulan Ramadan

SHARE
HANYA perpaduan dan kesepakatan sesama kita mampu memelihara martabat orang Islam di samping menjamin dan mengekalkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

SELURUH rakyat Malaysia terutamanya umat Islam wajar bersyukur kerana sekali lagi dapat me­nyambut bulan Ramadan yang mulia dalam suasana tenang, aman dan selamat walaupun baru saja selesai mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang paling sengit dan mendebarkan dalam sejarah negara ini.

Bulan Ramadan di samping menyediakan pelbagai rahmat dan ganjaran kepada seluruh umat Islam, juga wajar dijadikan peluang terbaik untuk kita merapatkan serta memperkukuhkan hubungan silaturahim sesama kita atas semangat persaudaraan dalam Islam. Semangat perpaduan yang dimaksudkan di sini ialah sesama umat Islam dan juga antara umat Islam dengan penganut agama lain di negara ini.

Sebagai umat Islam kita wajar mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan semula tali silaturahim sesama kita kerana situasi sekarang tidak begitu memberangsangkan dan meyakinkan. Misalnya, walaupun dari segi bilangannya majoriti rakyat negara ini terdiri daripada penganut agama Islam namun hakikatnya kita terpisah menjadi kelompok-kelompok kecil mengikut ideologi politik, kefahaman dan pegangan masing-masing.

Justeru kedatangan bulan Ramadan ini wajar dijadikan platform terbaik untuk kembali memperkukuh hubungan persaudaraan sesama kita. Tidak boleh ada kompromi dalam soal ini kerana ini adalah perkara asas dan formula mujarab jika mahu terus maju ke hadapan. Perlu diingatkan hanya perpaduan dan kesepakatan sesama kita mampu memelihara martabat orang Islam di samping menjamin dan mengekalkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments