Home Tempatan Perkukuh kontrak sosial sempena Aidilfitri

Perkukuh kontrak sosial sempena Aidilfitri

SHARE
Noor Mohamad Shakil Hameed

TAHUN ini kita akan me­nyambut Hari Raya Aidilfitri dalam suasana yang sedikit berbeza kerana masih ramai yang berada dalam mood kejutan selepas berlakunya perubahan yang besar dan di luar jangkaan dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) 9 Mei lalu. Buat pertama kalinya kita akan me­nyambut Aidilfitri di bawah peme­rintahan yang baharu.

Kita bersyukur peralihan kuasa telah berlaku dengan lancar dan negara kita juga masih terus aman dan stabil tetapi isu perpaduan kaum dan kontrak sosial wajar diberi perhatian serius terutamanya di musim perayaan supaya pembentukan bangsa Malaysia itu dapat direalisasikan.

Ironinya, politik sering dijadikan sempadan dan garis pemisah yang menjadi duri dalam da­ging kepada inisiatif untuk memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Propaganda dan provokasi amalan politik sempit seperti politik perkauman dan kebencian yang menjadi darah daging segelintir ahli politik menyebabkan masyarakat buntu, keliru dan menjadi mangsa keadaan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments