Home Tempatan Perkasa mahkamah syariah elak diperlekeh

Perkasa mahkamah syariah elak diperlekeh

SHARE
Nasrudin Hassan

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Himpunan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) di Padang Merbok di sini, semalam yang dihadiri ribuan umat Islam menunjukkan mereka mahu institusi mahkamah syariah diperkasakan dan diletakkan di kedudukan tertinggi supaya dihormati serta tidak diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, kejayaan perhimpunan itu juga merupakan petanda yang rakyat mahu pelaksanaan hukum Islam diberikan keutamaan dalam memelihara keamanan negara.

“Perhimpunan tersebut me­nyaksikan ummah bersatu dari pelbagai latar belakang parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dalam soal undang-undang Islam.

“Himpunan RUU 355 menjadi lakaran sejarah yang memperlihatkan pengorbanan dari semua pihak yang mahu syiar Islam terus tegak di atas bumi tercinta ini,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Perhimpunan anjuran Pas tersebut turut mendapat soko­ngan kerajaan dan dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat.

Sementara itu, Nas­rudin yang mewakili Jawatan Ku­asa Penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan himpunan berkenaan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberi kebenaran untuk mengadakan perhimpunan berkenaan.

Menurutnya, momentum bagi memartabatkan agenda Islam dan syariatnya mesti dite­ruskan dan ia merupakan tanggungjawab bersama termasuk masyarakat bukan Islam.

utusan online

Comments