Home Tempatan PERKASA: Keputusan tolak permohonan kerakyatan ‘pertahan perlembagaan’

PERKASA: Keputusan tolak permohonan kerakyatan ‘pertahan perlembagaan’

SHARE

PERKASA menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan kerakyatan oleh dua kanak-kanak lelaki di bawah umur 21 tahun, sebagai tepat mengikut prosedur dan dasar yang betul di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan.

“PERKASA menghormati peranan mahkamah dalam mempertahankan Perkara 15(2) Perlembagaan iaitu Taraf kewarganegaraan iaitu permohonan anak warga bawah 21 tahun untuk menjadi warganegara.

“Sekiranya mahkamah membenarkan kedua-dua kes tersebut, ianya akan membuka ruangan luas yang membenarkan kewarganegaraan diberi kepada individu individu yang mana asal dan status keturunannya dipersoalkan,” kata pengerusi biro perlembagaan, undang-undang, tanah rezab Melayu & tanah adat, Azmi Rais. dalam satu kenyataan hari ini

Beliau merujuk kepada keputusan sebulat suara Mahkamah Rayuan menolak dua permohonan berasingan, yang pertama oleh ibu bapa angkat dan yang kedua, oleh seorang bapa kandung, untuk memaksa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan kewarganegaraan kepada kanak-kanak tersebut.

Panel tiga hakim memutuskan bahawa walaupun budak lelaki itu dilahirkan di Malaysia, adalah perlu bagi pemohon membuktikan kanak-kanak itu bukan tanpa kerakyatan atau warga negara lain.

Azmi membidas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen kerana mengkritik keputusan itu, dan mempersoalkan pemahaman Eric tentang undang-undang.

Comments