Home Tempatan Perkara 153, Bukan Diskriminasi Yang Bersifat Menganiaya

Perkara 153, Bukan Diskriminasi Yang Bersifat Menganiaya

SHARE

Hak keistimewaan dan kedudukan orang Melayu dan anak-anak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub pada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah satu bentuk diskriminasi yang bersifat menganiaya mana-mana pihak, kerana ia juga jelas menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.

Demikian penjelasan yang dibuat oleh peguam dan aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ) Aidil Khalid pada sesi meja bulat membantah ICERD yang dianjurkan oleh UMMAH baru-baru ini. Tegas peguam itu lagi, ianya jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita kena faham dalam (Perkara) 153 memang ada diskriminasi tetapi ianya bukan diskriminasi yang menganiaya mana-mana pihak. Kalau kita rujuk Perlembagaan, ia mengatakan, kedudukan orang Melayu dan anak-anak Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.”

Jelas beliau yang sebelum itu menerangkan bahawa kandungan ICERD seperti yang tertera pada Fasal 1 mentakrifkan diskriminasi kaum dan takrifan diskriminasi kaum yang sangat luas dan tidak dapat tidak ianya akan menyentuh Perkara 153.

“Ia mengatakan bahawa sebarang perbezaan pengeculian sekatan atau keutamanan. Maknanya perbezaan pun tak boleh, keutamaan pun tak boleh. Ini sebabnya ia akan menyentuh secara langsung Perkara 153, kedudukan keistimewaan kita.”

Berbeza dengan pandangan segelintir pendukung ICERD bahawa Perkara 153 merupakan satu dasar perkauman dan perlu dimansuhkan, Aidil Khalid yang juga merupakan aktivis Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (MACSA) berpandangan sebaliknya.

“Memang ada diskriminasi, kita beri kepentingan tetapi kepentingan sah kaum-kaum lain juga kita utamakan.”

Comments