Home Tempatan ‘Perkahwinan pengikut ajaran Ahmadiah boleh dibubarkan’

‘Perkahwinan pengikut ajaran Ahmadiah boleh dibubarkan’

SHARE

SHAH ALAM – Orang Islam yang disabitkan sebagai pengikut ajaran Ahmadiah/Qadiani boleh menyebabkan perkahwinan mereka dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah.

Justeru, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya berwaspada dan tidak terpengaruh dengan kepercayaan ajaran terbabit.

Pengerusi Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan ajaran terbabit menyalahi ajaran Islam dan dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia pada tahun 1998.

Katanya, pengikut ajaran tersebut juga tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya dan orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments