Home Tempatan Perkahwinan Budak 11 Tahun Disebabkan Hadis Umur Aisyah — Siti Kasim

Perkahwinan Budak 11 Tahun Disebabkan Hadis Umur Aisyah — Siti Kasim

SHARE

Siti Kasim mendesak pihak kerajaan Pakatan Harapan untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak dibawah umur tanpa mengambil kira sebarang fatwa mahupun pandangan agama.

Beliau mendakwa perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang hangat diperkatakan baru-baru ini disebabkan oleh penerimaan hadis mengenai usia Aisyah r.a. ketika melangsungkan perkahwinan dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Kesahihan hadis tersebut adalah diragukan oleh ramai sarjana, menurut Siti Kasim lagi.

Dakwa Siti Kasim, “Perkahwinan ini adalah natijah kepada kepercayaan yang diterima ramai bahawa Nabi Muhammad mengahwini Aisha pada usia yang sangat muda walaupun ramai sarjana lontarkan keraguan terhadap ketepatan kata-kata, atau hadith, yang digunakan untuk menegaskan usia muda Aisha.”

Beliau juga mendesak pihak kerajaan baharu ini untuk memulakan inisiatif bagi menonjolkan kebenaran ajaran agama Islam, selain mendesak pihak kerajaan untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak di bawah usia tanpa menghiraukan sebarang fatwa dan pandangan agama.

“Melindungi kanak-kanak perlu dijadikan tujuan utama kerajaan kita dan tiada fatwa agama mahupun kepercayaan yang boleh mempengaruhinya.”

“Saya akan terus mendesak kerajaan baru kita akan keperluan untuk memulakan naratif baru bagi menonjolkan kebenaran ajaran agama Islam.”

Comments