Home Pendapat Perjuangan Gandhi di Afrika

Perjuangan Gandhi di Afrika

SHARE

Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali sebagai, Mahatma Gandhi, merupakan seorang tokoh gerakan nasionalisme yang berpegang kepada etos anti-kekerasan, perdamaian dan keadilan dalam memperjuangkan bangsanya dari cengakaman Inggeris. Beliau yang terkenal dengan nama Gandhi telah menjadi inspirasi dunia dengan tidak sekali-kali menggunakan kekerasan dan menjunjung tinggi hak asasi manusia  dalam menuntut kemerdekaan demi membela nasib rakyatnya.

Kedatangan Ghandi ke Afrika Selatan pada tahun 1893, telah  menjadikan Gandhi seorang pembela kepada mereka yang terpinggir, tokoh nasionalis yang humanis sekaligus pemimpin moral bagi bangsanya1. Kemasukan orang India secara beramai-ramai ke Afrika Selatan sebagai buruh kontrak dianggap sebagai satu ancaman kepada orang kulit putih sehingga terbentuknya undang-undang yang bercorak diskriminasi.

Dasar apartheid di Afrika Selatan telah menafikan hak asasi orang India sebagai warganegara di bawah kekuasaan Inggeris sekaligus terjadinya penindasan yang berleluasa. Atas sifat perkauman ke atas orang India yang tidak dapat dibendung ketika itu, Gandhi pernah diusir dari kereta api kelas pertama ke kereta api kelas ketiga. Bukan itu saja malah beliau juga telah dipukul, dilempar batu, dan ditendang  kerana melalui jalan yang dikhaskan untuk orang kulit putih. Selain itu, beliau juga tidak dapat memotong rambut di kedai gunying rambut atas dasar perkauman kaum kulit putih yang menolak mereka yang berbangsa selain daripada mereka daripada menjadi pelanggan.

Diskriminasi melampau di Afrika Selatan telah mendorong Gandhi untuk mengangkat martabat bangsanya yang dipijak-pijak oleh orang kulit putih. Namun Gandhi mengangkat dasar perdamaian tanpa adanya kekerasan untuk mengembalikan keadilan terhadap undang-undang yang bercorak diskriminasi ke atas orang India melalui gerakan ‘Satyagraha’ iaitu demonstrasi tanpa kekerasan. Rentetan dari itu, terhapusnya dasar apartheid ke atas orang India dengan penghapusan undang-undang yang bersifat rasisme. Pendekatan ‘tanpa kekerasan’ ini juga turut dipraktikkan oleh Gandhi dalam usahanya berjuang demi kemerdekaan India.

Kini masih ramai di antara kita yang tidak menghargai keamanan dan kebebasan yang diwarisi daripada perjuangan tulang empat kerat, darah dan air mata datuk nenek kita. Kita terutamanya di Malaysia juga pernah dijajah selama ratusan tahun lama. Kejayaan kita mencapai kemerdekaan bukanlah sesuatu yang harus dipandang enteng. Mungkin juga ada di antara kita yang tidak melalui jerih payah ‘Ghandi’, lalu ada diantara kita seperti mahu memperjudikannya atas sebab-sebab tertentu. Tanpa Aparteid dan Jus Soli segelintir daripada kita nampaknya mudah terlupa!

Comments