Home Tempatan Perintah berkurung Esszone dilanjut hingga 30 Julai

Perintah berkurung Esszone dilanjut hingga 30 Julai

SHARE

KOTA KINABALU – Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir 6 petang ini dilanjutkan hingga 30 Julai.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara pukul 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytiharkan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Untuk berita penuh sila klik di sini 

Sinar Online

Comments