Home Tempatan Pergi Haji dan Umrah Umpama Biaya Dana Arab Saudi Bom Yaman?

Pergi Haji dan Umrah Umpama Biaya Dana Arab Saudi Bom Yaman?

SHARE

Putrajaya: “Kenapa perlu saya belanjakan wang saya untuk diberikan kepada Arab Saudi supaya mereka bom Yaman? Maksud saya, ia langsung tidak masuk akal,” merupakan reaksi Dato’ Dr Ahmad Farouk Musa sebagai ucapan penutupnya ketika berbicara topik berkenaan hutang dan ibadah Haji dalam sebuah forum di Putrajaya baru-baru ini.

Forum yang bertajuk “The Vision of Islamic Development in Malaysia: Are We on the Right Track?” telah dilangsungkan pada 25 Mac 2018 lalu bertempat di Hotel Palm Garden Resort, Putrajaya membariskan beberapa tokoh akademik dan politik sebagai panelis iaitu Prof Mohd Nazari Ismail (University Malaya), Dr Azhar Ibrahim (Universiti Kebangsaan Singapura), Dr Dzulkefly Ahmad (AMANAH) dan Dr Farouk Musa (IRF) sendiri selaku pemudahcara.

Menjelaskan bahawa beliau telahpun menunaikan ibadah Haji buat kali pertama, beliau menambah, “Saya tak perlu pergi Haji sekali lagi dan saya tidak menggalakkan sahabat-sahabat saya untuk pergi Haji. Maksud saya, tak ada gunanya pergi bagi kali kedua.”

“Kalau boleh, untuk kali pertama pun, mungkin perlu pertimbang untuk tak payah pergi. Maksud saya, jika ada kempen untuk boikot McDonald’s, saya fikir perlulah juga ada kempen untuk boikot Umrah ke Arab Saudi supaya mereka tidak ada pendapatan untuk menggunakan wang kita untuk mengebom saudara kita di Yaman.”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kesal di atas tindakan Islamic Renaissance Front (IRF), badan pemikir yang ditunjangi Dr Farouk Musa yang dikesan kerap membawa masuk idea-idea liberal dan sesat ke dalam Malaysia sedangkan negara ini majoritinya adalah umat Islam yang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kedudukan Islam dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Comments