Home Antarabangsa Pereka Fesyen Muslim Hasilkan Selendang LGBT

Pereka Fesyen Muslim Hasilkan Selendang LGBT

SHARE

Australia: Seorang pereka fesyen telah menghasilkan selendang berwarna pelangi bagi menunjukkan sokongan kepada undang-undang perkahwinan sejenis di Australia baru-baru ini.

Menurut laporan Pink News, Syarikat MOGA, sebuah jenama fesyen yang menjual secara runcit atas talian milik negara Australia telah mengeluarkan selendang tersebut demi sokongan kepada hak asasi LGBT dan dinamakan selendang ‘Pride’.

Pengasas MOGA Azahn Munas berkata, “Seperti rekaan-rekaan kami sebelum ini, selendang Pride boleh dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit, agama kepercayaan atau orientasi seksual.”

Dakwanya lagi, “Untuk mempertontonkannya (kepada orang ramai), kami bahkan melilitnya sebagai hijab, pertama sekali dalam dunia, demi mengiktiraf bahawa golongan LGBTIQ wujud dalam semua agama termasuklah Islam, sebuah agama yang paling homophobia sekali dalam dunia. Menyedihkan.”

Syarikat MOGA sememangnya dikenali sebagai sebuah syarikat yang membuat kenyataan bersifat politik melalui hasil rekaan mereka. Sebelum ini, MOGA menghasilkan sebuah koleksi Australia Day yang mempromosi kepelbagaian.

Baru-baru ini Parlimen Australia meluluskan undang-undang perkahwinan sejenis dengan undian sebulat suara tanpa sebarang pindaan. Undang-undang tersebut akan mula berkuat kuasa pada bulan Januari 2018.

Comments