Home Tempatan Perarakan Senyap Bantah DAP & Sokong YDPA Hari Ini- Lokman Adam

Perarakan Senyap Bantah DAP & Sokong YDPA Hari Ini- Lokman Adam

SHARE

Presiden Gerakan Pemantau Malaysia Baru (PMB), Lokman Adam berkata, satu perarakan Perhimpunan Taat Setia kepada DYMM SPB YDP AGONG akan diadakan pada hari ini, 17 Julai 2018 bersempena keberangkatan DYMM YDP Agong bagi menyampaikan Titah DiRaja pada hari kedua sidang Parlimen.

Tujuan perarakan ini adalah sebagai tanda sokongan dan taat setia kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan membantah pemerintahan DAP yang dilihat memperkudakan Tun Mahathir.

Sehubungan itu, PMB menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama mereka mula berkumpul pada pukul 8.00 pagi di tempat letak kereta bertingkat depan pintu masuk Bukit Aman, Kuala Lumpur dan berarak ke Parlimen.

“Kita akan berarak dari Bukit Aman, dalam keadaan aman pada jam 8.30 pagi dalam keadaan mulut ditutup dengan pita pelekat dan tangan diikat, sebagai tanda sokongan kepada YDP Agong dan tuntutan supaya DYMM SPB YDP Agong diberikan kebebasan untuk bersuara dan bertindak bagi mempertahankan Agama Islam dan kepentingan Bangsa Melayu tanpa perlu dipaksa oleh kerajaan supaya menerima apa sahaja yang dinasihatkan oleh mereka.”

Kata Lokman lagi, bagi mengelakkan sebarang cubaan sabotaj, hanya satu medium perhubungan yang akan digunakan untuk berita yang tepat.

“Bagi mengelakkan sebarang cubaan untuk mensabotaj usaha Gerakan Kebangkitan Rakyat ini, hanya satu medium berhubung yang akan digunakan untuk menghantar berita yang tepat. Sila download telegram dan sertai channel saya: https://telegram.me/lokmanadam.”

“NGO lain yang mahu menyertai perhimpunan ini boleh menghubungi saya di 0123320000. Individu yang mahu bersama boleh terus hadir 17hb di Parking Lot Bukit Aman.“

Comments