Home Tempatan Penguasaan bahasa Melayu Generasi Z di tahap membimbangkan

Penguasaan bahasa Melayu Generasi Z di tahap membimbangkan

SHARE

KUALA LUMPUR, 8 Syaaban 1439H, Selasa – Penguasaan bahasa kebangsaan yang lemah dalam  kalangan  Generasi Z, yang lahir dari tahun 1995 ke atas, amat membimbangkan, kata Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan.

Beliau berkata, ini antaranya berpunca akibat trend ‘gila gajet’ yang melanda golongan berkenaan, yang menyebabkan mereka kurang bersosial sehingga menyebabkan mereka bersikap pasif, seterusnya gagal berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dengan baik.

“Masalah ini amat membimbangkan, lebih menyedihkan komunikasi harian mereka dilihat cenderung dipengaruhi gaya bahasa dari internet dan aplikasi menerusi gajet.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments