Home Tempatan Pengguna disaran ikut Jadual TTA sempena cuti Tahun Baru Cina: PLUS

Pengguna disaran ikut Jadual TTA sempena cuti Tahun Baru Cina: PLUS

SHARE

BANGI, 23 Jamadilawal 1439H, Jumaat – PLUS Malaysia Berhad mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi panduan orang ramai merancang perjalanan cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Jadual TTA merangkumi perjalanan orang ramai yang ingin bercuti atau kembali semula ke Lembah Klang,  bermula 9 sehingga 25 Februari depan.

Mengikut jadual TTA, pengguna jalan raya dari Lembah Klang menuju ke destinasi jauh seperti Johor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disaran supaya memasuki Lebuhraya Utara-Selatan lebih awal, sebelum jam 10 pagi.

Sementara, bagi pengguna jalan raya yang menuju ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak Selatan dan Perak Tengah disaran memasuki lebuh raya selepas jam 10 pagi.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments