Home Tempatan Pengganas Malaysia Wanndy dalam senarai paling dikehendaki AS

Pengganas Malaysia Wanndy dalam senarai paling dikehendaki AS

SHARE

KUALA LUMPUR: cdiletakkan dalam satu senarai Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan dia sasaran berprofil tinggi untuk agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia.

Pejabat Kawalan Aset Asing Perbendaraan AS (OFAC) mengenakan sekatan ke atas pemimpin kumpulan militan IS Malaysia di Syria itu. Sekatan sama sudah dilaksanakan ke atas rakan seperjuangan Wanndy dari Indonesia, Muhammad Bahrun Naik Anggih Tamtomo.

Selain merekrut anggota baharu, Wanndy turut mencari sumber pembiayaan dan menyediakan sokongan operasi untuk kumpulan pengganas itu.

Menurut laporan New Straits Times, Wanndy kini diletakkan dalam senarai Pengganas Global Tentuan Khas (SDGT) bersama pengganas paling terkenal di dunia.

Turut berada dalam senarai itu ialah 2 rakyat Malaysia lain – Yazid Sufaat dan Zulkifli Hir. Zulkifli dipercayai dibunuh pasukan keselamatan Filipina pada 2015.

SDGT menyenaraikan individu yang melakukan atau mendatangkan risiko ketara melalui tindakan keganasan, atau memberi sokongan kepada kumpulan pengganas tertentu di bawah program Sekatan Anti Keganasan OFAC.

Menurut laporan NST, Wanndy dan Bahrun dimasukkan dalam senarai itu kerana terbabit dalam pembiayaan dan menyediakan sokongan operasi kepada IS bukan sahaja di negara mereka, tetapi juga menyalurkan sokongan kepada kumpulan di Syria.

Mereka antara 7 lagi individu yang dimasukkan dalam senarai itu baru-baru ini.

Laporan itu menyatakan Wanndy yang menggunakan nama samaran Abu Hamzah Al-Fateh di Facebook mempersendakan sekatan itu. Bagaimanapun, katanya, dia akan lebih berhati-hati mengenai pergerakan dan komunikasinya.

Wanndy turut dikehendaki polis Malaysia atas cubaan mencetuskan huru-hara di negara ini. Polis mendakwa dia menyelaras serangan dan memberi sokongan kebendaan kepada pejuang IS di Malaysia, termasuk melancarkan satu serangan berjaya di pusat hiburan Movida di Puchong, pada Jun 2016.

Free Malaysia Today

Comments