Home Pendapat Pengganas: Antara Persepsi dan Realiti

Pengganas: Antara Persepsi dan Realiti

SHARE

Sejarah peradaban dunia berubah apabila Granada berjaya ditakluki oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada tahun 1492. Rakyat Sepanyol dan rakyat Portugis telah membahagikan dunia kepada dua; separuh bahagian untuk Sepanyol dan separuh lagi untuk Portugal. Christopher Columbus, Vasco Da Gama, Alfonso de Albuquerque adalah antara mereka yang dihantar untuk merentasi dunia dengan segera bagi mencapai tujuan Gold, Glory dan Gospel.

Mereka bertiga mempunyai pelbagai bakat, namun yang paling menonjol ialah bakat menjelajah. Kemampuan lain yang dimiliki mereka ialah namun kurang diperkatakan ialah ‘bakat’ melakukan perbuatan songsang, minum arak dan hedonisme secara berlebihan, kejam, penyembelihan (termasuk wanita dan kanak-kanak) dan banyak lagi.

Penjelajahan mereka kemudiannya bermula dengan setiap seorang mendapat tugasan masing-masing. Seorang mencari jalan menuju ke India melalui Afrika dan seorang lagi melalui Lautan Pasifik. Vasco da Gama berjaya belayar melepasi Tanjung Harapan dan Christopher Columbus menjumpai beberapa “orang India”. Walaupun kedua-dua mereka sebenarnya mencari Negara India, namun hanya seorang sahaja yang berjaya sampai, manakala seorang lagi tidak berjaya.

Yang tidak berjaya telah menggelarkan orang Asli Amerika sebagai orang India. Acapkali Columbus diangkat sebagai seorang wira sehinggakan sebuah Negara dan banyak tempat lain dinamakan bersempena namanya. Ini mungkin disebabkan ramai yang tidak menyedari akan kebolehannya yang lain.

Bagaimana ‘penemuan’ sebuah negara bertamadun oleh Columbus membawa kepada pembunuhan beramai-ramai mereka yang tidak bersalah di setiap pelusuk benua Amerika. Jutaan ramai sebenarnya. “Ikut akidah kami atau kamu kami bunuh?!” Tetapi semua ini tidak menjadikan Columbus sebagai seorang pengganas, sebaliknya beliau disanjung sebagai wira oleh ramai orang di seluruh dunia. Jika mangsanya merupakan bangsa Eropah, legasi itu pastinya berbeza.

Aktiviti keganasan telah menunjukkan peningkatan sejak berdekad lalu. Ramai rakyat Eropah yang mati, dan menyedihkan apabila kebanyakannya pula adalah orang awam. Pengganas selalunya menjadikan rakyat yang tidak bersenjata sebagai mangsa. Sebagai balasan, beberapa negara-negara Eropah (bersama-sama ‘sepupu’ mereka, Amerika, tentunya) sebagai balas meletupkan dan melumpuhkan beberapa buah negara di Asia dan Afrika. Libya, Syria, Iraq kononnya perlu ‘diselamatkan’ melalui campur tangan Barat. Natijahnya, negara-negara tersebut hancur-lebur. Hari ini, rakyat tidak boleh meninggalkan rumah dengan aman, seorang isteri tidak tahu samada suaminya akan pulang dalam keadaan hidup atau tidak selepas keluar dari rumah dan senarai kesedihan ini nampaknya tidak berkesudahan.

Peristiwa holocaust yang melibatkan kononnya telah mengorbankan 6 juta orang Yahudi ditangan Hitler telah ditebus dengan jutaan ringgit pampasan dan seribu satu monumen dan dokumen-dokumen sedih, tetapi bagaimana pula dengan ratusan juta nyawa di benua lain yang melayang dibunuh oleh orang Eropah? Adakah nyawa bangsa bukan Eropah itu tidak berharga atau ia menjadi tidak berharga? Apakah nilai nyawa seseorang sebenarnya? Tidak ramai yang mengingati peristiwa pembunuhan kejam penduduk Bengal (India) oleh penjajah British, genosid ke atas bangsa Afrika oleh Raja Leopold dari Belgium jarang juga disebut, dan holocaust ke atas jutaan orang asli Australia dan Amerika masih belum mendapat pembelaan. Keadaan ini seakan-akan mengiyakan pandangan bahawa nyawa bangsa Eropah dan bukan Eropah berlainan harga?

Bangsa Eropah dan Amerika pantas sahaja menamakan orang Islam yang terlibat sebagai “Pengganas Islam”, tetapi bagaimana dengan jenayah genosid yang dijalankan oleh kuasa Kristian selama bertahun-tahun? Mengapa ada pihak yang pantas sekali dilabel sebagai pengganas manakala yang lain dijulang sebagai wira?

Comments