Home Antarabangsa Pengebom Manchester: Dari Kaki Botol Kepada Pembunuh

Pengebom Manchester: Dari Kaki Botol Kepada Pembunuh

SHARE

PUTRAJAYA: Suspek insiden pengeboman yang membunuh 22 orang di sebuah konsert di Manchester, utara England, pada hari Isnin 22 Mei 2017 telah dikenal pasti sebagai Salman Abedi, berusia 22 tahun dari Libya.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh The Independent, Salman Abedi adalah seorang penagih dadah dan dikenali sebagai pelajar yang dibuang dari Universiti. Serangan ini merupakan serangan yang paling teruk melanda UK sepanjang satu dekad ini.

The Burnage Academy for Boys mengesahkan bahawa Salman Abedi pernah menjadi pelajar di sekolah itu antara 2009 dan 2011.

Salman Abedi juga telah menyambung pelajarannya dalam Ijazah Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Salford yang berpangkalan di Manchester, namun dia dibuang kerana tercicir dalam pelajaran pada awal tahun kedua pengajiannya. Sejurus selepas itu beliau telah mendapat pekerjaan di sebuah kedai roti.

Beliau yang berusia 22 tahun itu dikenali sebagai “lelaki yang lucu”  dan turut minum arak, mengambil dadah dan mungkin mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan tempatan sebelum cenderung ke arah fahaman radikal Islam.

Abedi telah dilahirkan di UK selepas ibu bapanya yang berasal dari Libya melarikan diri dari rejim Muammar Gaddafi.

Seseorang yang mengenali Abedi dari sekolah memberitahu Manchester Evening News: “Beliau adalah seorang yang lelaki yang lucu tetapi sejak dia pergi ke Libya pada tahun 2011, dia telah kembali sebagai lelaki yang berbeza.

Perubahan yang sama seperti Salam Abedi ini telah didokumenkan dalam banyak kes pengganas paling berbahaya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka sering terlibat dengan dadah, arak, zina dan lain-lain perbuatan yang tidak mencerminkan keperibadian seorang Islam. Perkara ini antara lain dapat membuktikan bahawa kegagalan dalam membentuk kerohanian seseorang boleh menjadi faktor individu itu memilih haluan ‘Islam’ yang dipromosikan oleh gerakan pelampau.

Hasil penyelidikan Combating Terrorism Centre mendapati majoriti pengrekrut ISIS ini tidak mencerminkan Islam yang sebenar, tidak bekerja atau belajar dan merupakan pendatang asing – semua faktor ini telah ditemui di dalam Salman Abedi.

Salman Abedi didakwa membawa beg pakaian yang dipenuhi dengan bahan letupan buatan sendiri untuk melakukan serangan – kaedah yang sama turut digunakan oleh pengeboman ISIS di stesen metro Lapangan Terbang Brussels dan Molenbeek tahun lepas.

Rakaman CCTV dilaporkan menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meletakkan beg pakaian tersebut di bawah ruang legar antara Manchester Arena dan stesen Victoria tidak lama sebelum letupan berlaku.

Comments