Home Antarabangsa Pengebom geng militan

Pengebom geng militan

SHARE

JAKARTA – INDONESIA. Penyerang yang dibunuh polis Indonesia selepas meletupkan bom dalam periuk tekanan di halaman sebuah bangunan kerajaan di Bandung, semalam, mungkin sebahagian daripada rangkaian kumpulan militan Daesh.

Ketua polis wilayah, Anton Charliyan berkata, pihak berkuasa mengesyaki suspek ada kaitan dengan Jemaah Ansharut Daulah (JAD), sebuah kumpulan militan yang disenaraikan sebagai pengganas oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (AS).

“Suspek berkemungkinan anggota JAD,” katanya.

Dalam kejadian sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) semalam, penyerang tiba di bangunan kerajaan terbabit dengan motosikal sebelum meletakkan sebuah periuk tekanan di atas meja di sudut halaman itu.

Selepas letupan, penyerang berlari ke pejabat kerajaan, namun ditembak mati pasukan polis.

“Skuad pemusnah bom telah dikerah ke tempat kejadian untuk memastikan tiada lagi bom lain. Situasi kini selamat tetapi kita harus terus berwaspada,” menurut Charliyan.

Polis percaya motif serangan adalah untuk memaksa pembebasan tahanan yang sedang ditahan unit anti keganasan. – Reuters

utusan online

Comments