Home Tempatan Penganut Tao & Buddha, Sasaran Dakyah Kristian Rumah Ke Rumah – Datuk...

Penganut Tao & Buddha, Sasaran Dakyah Kristian Rumah Ke Rumah – Datuk Huan Cheng Guan

SHARE

PULAU PINANG : Datuk Huan Cheng Guan, Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) mendedahkan bahawa terdapat gerakan terancang aktiviti pendakyah Kristian untuk membawa masuk penganut Tao dan Buddha ke agama Kristian. Antara kaedah yang dijalankan ialah melalui aktiviti kemasyarakatan. Mereka memberi fokus kepada masyarakat yang susah terutamanya dari kalangan orang Cina. Kemudian mereka dampingi dan dekati sebelum mempromosi ajaran agama Kristian.

Menurutnya, bantuan yang diberikan mereka sebenarnya bukan dari hati yang suci untuk membantu, tetapi puak evangelis ini mempunyai agenda lain iaitu untuk mengkristiankan orang yang dibantu mereka ke agama Kristian, itulah tujuan mereka.

Kata Datuk Huan lagi, kalau kita lihat sekarang pun, orang-orang mereka turut pergi dari rumah ke rumah untuk sebarkan agama mereka. Kata beliau lagi, sebenarnya orang Cina semuanya bukan beragama Buddha, agama Cina ialah Tao, cuma nama di dalam kad pengenalan itu diletakkan Buddha sahaja.

“Setelah dicampur aduk dengan Buddhisme, diletakkan Buddha sahaja sehingga meminggirkan Taoisme dan perkara inilah yang perlu difahami oleh rakyat Malaysia amnya,” katanya.

Beliau berkata, “Baru-baru ini mereka (pendakwah Kristian) ada datang untuk buat dakwah ke rumah saya, tetapi saya halau sahaja mereka itu kerana tidak menghormati keluarga saya yang beragama Taoism.”

Ketika ditanyakan tentang gerak kerja kumpulan evangelis di dalam gerakan politik tempatan terutamanya parti DAP, Datuk Huan menjelaskan lebih daripada 50 peratus Ahli Parlimen dan ADUN dalam parti DAP merupakan penganut agama Kristian yang fanatik.

Menurutnya, DAP tidak akan pernah bebas daripada cengkaman Kristian dan sememangnya DAP merupakan sebuah parti dikuasai Kristian yang mana boleh dilihat terutamanya daripada kalangan pemimpin-pemimpin tertingginya.

Ditanya adakah terdapat bukti-bukti pengaruh Kristian dalam DAP, Presiden Parti Cinta Malaysia itu berkata, memang DAP di kuasai oleh puak Kristian seperti Teresa Kok, Anthony Loke dan ramai lagi. Kebanyakan mereka semua menganut agama Kristian secara fanatik.

Contohnya, ada pemimpin tertinggi DAP yang mempunyai nama yang berbaur Kristian, tetapi sampai ke hari ini beliau tidak berani meletak pangkal nama Kristiannya kerana khuatir sokongan daripada orang Cina yang beragama Tao dan Buddha akan hilang.

Menurutnya lagi, misi mereka adalah supaya orang Cina tidak tahu yang mereka (kepimpinan DAP) itu beragama Kristian, dan supaya mereka (kaum Cina) menganggap pemimpin-pemimpin DAP ini masih beragama Tao atau Buddha.

“Kalaulah semua orang Cina sudah tahu yang mereka ini kebanyakkannya orang Kristian, saya pasti undi pasti akan kurang terhadap DAP yang dianggap Parti orang Cina walhal ia merupakan sebuah parti dikuasai Kristian,” katanya.

Beliau berkata, DAP ini seperti satu kultus, seumpama satu kumpulan dan majoriti mereka ini adalah Kristian, mereka sudah lama kristian dan secara jelasnya mereka tidak peduli lagi pada agama asal dan tidak hairanlah mereka tidak sembahyang pada nenek moyang.

“Saya mahu jelaskan kepada rakyat Malaysia, orang Cina bangsa Tiong Hua 90 peratusnya beragama Tao atau Buddha manakala 10 peratus lagi beragama Kristian, dan 10 peratus itulah yang terdapat di dalam DAP adalah puak pemimpin fanatik dan ektsrim serta rasis,” tegasnya lagi.

Menurut Datuk Huan, semua isu pun akan dijadikan isu perkauman oleh puak DAP ini, sebagai contohnya kejadian baru-baru ini ketika dialog Perdana Menteri TN50 bersama artis tempatan tanah air, yang mencetus huru-hara apabila Penerbit Filem David Teo ditampar di hadapan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak oleh Artis Veteran, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin.

“Isu itu juga diangkat menjadi perkara rasis oleh puak DAP, padahal perkara itu hanya perselisihan faham antara dua individu dan mereka pun telah berdamai secara baik tetapi Lim Guan Eng mahu jadikan isu perkauman,” katanya.

Bagaimanapun, Datuk Huan tidak menafikan penganut Kristian di luar dari gerak kerja politik, ramai yang berniat dan berkelakuan baik kecuali yang golongan yang berada dalam DAP yang mempunyai agenda tertentu. Perkara ini sudah beliau dedah dan hebahkan semenjak 8 tahun yang lalu.

“Jelaslah masalah yang berlaku sekarang ini bukan antara Cina dengan Melayu, masalah yang dibangkitkan kebanyakkannya adalah berpunca daripada mereka yang beragama Kristian di dalam DAP,” katanya.

Comments