Home Tempatan Penganjur ‘jamu’ wartawan hidangan babi

Penganjur ‘jamu’ wartawan hidangan babi

SHARE
HIDANGAN babi yang dijamu di atas meja wartawan yang membuat liputan Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro di Sekolah Pay Fong, Melaka malam tadi mengundang kemarahan pengamal media beragama Islam. - UTUSAN ONLINE/FADZLY IZAB

MELAKA 12 Julai – Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini, malam tadi berasa amat terkilan atas sikap tidak sensitif penganjur yang menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara tersebut.

Majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin; ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat itu gagal dikelolakan dengan baik di mana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Lebih teruk lagi, langsung tiada wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments