Home Tempatan Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada...

Penerapan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Islam Mampu Beri Kesan Positif Pada Malaysia

SHARE

LANGKAWI, 5 April (Bernama) — Penerapan dan penekanan bahasa Arab dalam sistem pendidikan Islam di Malaysia dapat membantu memberi impak positif terhadap negara ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA), Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Azhar Ahmad berkata bahasa Arab dan pendidikan Islam merupakan dua perkara yang tidak boleh dipisahkan kerana asas dalam pendidikan agama adalah Al-Quran dan Sunnah yang mana kedua-duanya disampaikan dalam bahasa itu.

“Jika kita boleh menguasai bahasa Arab dengan baik maka kita mampu memahami agama dengan baik dan lebih tepat”, katanya.

Bernama

Comments