Home Tempatan Penentang RUU 355 Umpama ‘Yahudi Dengan Sapi’-Ustaz Hafiz Nordin

Penentang RUU 355 Umpama ‘Yahudi Dengan Sapi’-Ustaz Hafiz Nordin

SHARE
Kuala Lumpur: Mereka yang dilihat sebagai penghalang dan penentang kepada Pindaan RUU 355 dengan pelbagai alasan bolehlah dikiaskan sebagai ‘Yahudi Dengan Sapi’ seperti yang diceritakan dalam Surah al-Baqarah, kata bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin.

Tanpa menamakan mana-mana pihak ,Ustaz Hafiz Nordin yang juga mantan Presiden PEMBELA menyatakan kekecewaannya terhadap seribu-satu alasan yang dikeluarkan mereka-mereka yang tetap mahu memberikan gambaran buruk terhadap usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah di negara ini.

“Dulu semasa tiada had ditetapkan, mereka kritik mahukan had. Sekarang, bila sudah dipinda sedikit dengan had, mereka kata terlalu tinggi, terlalu keras dan tiada ruang untuk memaafkan pula. Banyak sangat dolak-daliknya”, katanya ketika ditemui di Kompleks Kerajaan, Jalan Duta hari ini.

Baru-baru ini, terdapat kritikan daripada beberapa pihak kononnya had hukuman yang dibentangkan MP Marang, Dato’ Seri Hadi Awang pada sesi pembentangan Pindaan RUU 355 lepas adalah terlalu tinggi dan keras. 

Mujahid Rawa, Naib Presiden AMANAH pula mahu sebuah Jawatankuasa Khas RUU 355 merentas semua parti politik diadakan untuk membincangkan RUU 355.

Kelmarin, Jahaberdeen Mohamed Yunoos daripada Rapera mahu Pindaan RUU 355 membolehkan para pesalah syariah untuk ‘bertaubat’ seperti yang terdapat dalam Kanun Acara Jenayah yang menyediakan hukuman khidmat masyarakat.

Comments