Home Antarabangsa Penduduk Palestin sambut ulang tahun kematian Arafat

Penduduk Palestin sambut ulang tahun kematian Arafat

SHARE
PULUHAN ribu penduduk Palestin berkumpul di Gaza hari ini bagi memperingati kematian pemimpin veteran, Yasser Arafat, dalam upacara pertama seumpama itu di wilayah ditadbir Hamas itu sejak 2007. - Foto EPA

GAZA CITY: Puluhan ribu penduduk Palestin berkumpul di Gaza hari ini bagi memperingati kematian pemimpin veteran, Yasser Arafat, dalam upacara pertama seumpama itu di wilayah ditadbir Hamas itu sejak 2007.

Sambutan ulang tahun itu disifatkan sebagai perpaduan negara selepas Hamas menandatangani perjanjian damai bulan lalu dengan Fatah yang diasaskan dan diketuai Arafat sehingga kematiannya pada 2004.

Perjanjian itu, yang sepatutnya menyaksikan Hamas menyerahkan kawalan sivil di Gaza kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diketuai Presiden Mahmud Abbas menjelang 1 Disember ini, akan menamatkan perbalahan pahit kedua-dua pihak bertelagah itu.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Berita Harian

Comments