Home Antarabangsa Penduduk Palestin maut selepas ditembak rakyat Israel

Penduduk Palestin maut selepas ditembak rakyat Israel

SHARE
POLIS Israel berada di kawasan perindustrian Mishor Adumim di Tebing Barat, yang terletak berhampiran penempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis. - Foto AFP

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin maut sehari selepas ditembak ketika cuba menikam rakyat Israel menggunakan sebatang pemutar skru.

Insiden itu berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan perindustrian Mishor Adumim di Tebing Barat, yang terletak berhampiran penempatan Yahudi di timur Baitulmaqdis.

Menurut polis, lelaki Palestin itu ditembak oleh pejalan kaki, sebelum beliau sempat menyerang rakyat Israel terbabit dan dibawa ke hospital akibat kecederaan serius yang dialaminya.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments