Home Antarabangsa Penduduk Palestin kecewa

Penduduk Palestin kecewa

SHARE

BAITULMUQADDIS 4 Sept. – Penduduk Palestin berang serta kecewa dengan keputusan Amerika Syarikat (AS) menghentikan pemberian dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), memberi amaran tindakan itu hanya mendorong kepada kemiskinan, kemarahan dan ketidakstabilan di Asia Barat.

Pengumuman AS berkenaan memburukkan lagi krisis kewa­ngan yang ditanggung oleh agensi berusia 68 tahun itu dan meningkatkan lagi ketega­ngan dengan pemimpin Palestin ketika Perdana Menteri Israel, menyambut baik langkah AS itu.

Di Gaza, seorang bapa kepada lapan orang anak, Nashat Abu El-Oun berkata, situasi itu amat buruk dan akan menjadi teruk.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments