Home Tempatan Penasihat takut tegakkan kebenaran – Mufti Brunei

Penasihat takut tegakkan kebenaran – Mufti Brunei

SHARE

IPOH: Kesilapan umara memilih pendamping atau penasihat dalam melaksanakan tanggungjawab kepemimpinan menjadi punca keruntuhan banyak kerajaan terdahulu.

Mufti Kerajaan Brunei Darussalam, Pehin Dr Awang Abdul Aziz Juned, berkata kebanyakan kerajaan itu terkubur berikutan penasihat curang dan tidak berani memberikan nasihat yang benar.

“Perkara ini berlaku kerana kesilapan dan kesalahan, ditambah dengan sikap penasihat curang serta orang berilmu yang penakut dan tidak berani menegakkan kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kertas kerja utama pada Muzakarah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertema ‘Kepimpinan dan Kekhalifahan, Gagasan Konstruktif Ulama dan Umara’ di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini, semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments