Home Tempatan Penahanan Siti Kasim Bakal Hancurkan Keyakinan Pada PH – Teo Nie Ching

Penahanan Siti Kasim Bakal Hancurkan Keyakinan Pada PH – Teo Nie Ching

SHARE

Ahli Parlimen DAP untuk Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, menyatakan insiden penahanan Siti Kasim oleh pihak polis semalam, bakal menjejaskan keyakinan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau yang menewaskan Juwahir Amin, calon dari PAS dan Tang Nai Soon (MCA) di Parlimen Kulai dengan majoriti 32,748 undi pada PRU 14 baru-baru ini, turut menyatakan walaupun mereka faham bahawa proses reformasi akan mengambil masa, tetapi tindakan ke atas Siti Kasim ini menjejaskan keyakinan terhadap PH.

Teo Nie Ching antara ahli Parlimen DAP terawal memberikan komen berkenaan insiden penahanan Siti Kasim semalam.

Penahanan Siti Kasim tular semalam melalui video perkongsian beberapa aktivis Sisters In Islam (SIS). Siti Kasim dalam hantaran Facebooknya, menjelaskan penahanannya berkaitan insiden melibatkan kes seorang gadis bernama Anis Izzaty. Ia berikutan laporan ibu gadis tersebut kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa yang bimbangkan masalah akidah dan kesihatan mental anak gadis mudanya.

Comments