Home Tempatan Penahanan Najib Razak, Pemantau Malaysia Baru Seru Himpunan Aman Di SPRM Putrajaya...

Penahanan Najib Razak, Pemantau Malaysia Baru Seru Himpunan Aman Di SPRM Putrajaya Malam Ini

SHARE

Susulan penahanan YB Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 3 Julai 2018, Presiden Gerakan Pemantau Malaysia Baru, Dato’ Lokman Adam mengesahkan bahawa pihaknya akan mengadakan satu perhimpunan aman sebagai tanda solidariti untuk mantan Perdana Menteri tersebut pada malam ini, 3 Julai 2018, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman sosial, Dato’ Lokman Adam menyeru rakyat Malaysia untuk mengorbankan sedikit masa untuk turun ke Ibu Pejabat SPRM, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya, sebagai tanda solidariti kita kepada Dato Sri Najib menyatakan kekecewaan mereka kepada tindakan pemerintah yang dilabelkan sebagai tindakan zalim.

Memetik kenyataan beliau sepertimana yang disiarkan di dalam laman sosial, beliau menyatakan bahawa beliau percaya Dato’ Sri Najib tidak akan dituduh kerana mencuri wang 1MDB, tetapi akan dituduh di bawah Akta Penggubalan Wang Haram (AMLA).

“Sekiranya DSN tidak didakwa mencuri duit 1MDB sepertimana tuduhan Tun Mahathir, ini merupakan kemenangan besar bagi Dato Sri Najib.  Ini juga membuktikan bahawa tuduhan bahawa Tan Sri Ghani Patail, bekas Peguam Negara dipecat kerana sudah menyediakan kertas pendakwaan keatas Dato Sri Najib kerana mencuri duit 1MDB adalah tidak benar sama sekali.  Jika 2015 sudah wujud kertas pertuduhan yang berasaskan bukti, SPRM sudah pasti tidak memerlukan hampir 2 bulan untuk menyediakan kertas pendakwaan.” tambah beliau lagi.

Dato’ Lokman di dalam kenyataan media tersebut juga mempersoalkan penahanan Dato’ Sri Najib di dalam lokap SPRM sedangkan mantan Perdana Menteri itu, menurutnya, sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

“Dalam masa yang sama, Pantau Malaysia Baru ingin mempersoalkan keperluan pihak SPRM menahan  Dato’ Sri Najib dan memaksa bekas Perdana Menteri itu tidur dilokap malam ini.  Adakah beliau penjenayah yang ingin melarikan diri dari proses perundangan?  Bukankah sebelum ini beliau memberikan kerjasama penuh untuk hadir ke SPRM tanpa sebarang masalah?  Tidak bolehkah cara yang sama digunakan oleh SPRM untuk mengundang Dato Sri Najib ke Mahkamah bagi proses pendakwaan?”

Belau turut mempersoalkan kredibiliti Ketua Pengarah SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul, kerana gagal melaporkan dua percubaan untuk merasuah oleh seorang ahli perniagaan kepada Ketua Pengarah SPRM sebagaimana yang didedahkan Dato’ Sri Shukri di dalam siaran langsung televisyen.

Dato’ Lokman Adam menggambarkan situasi yang sedang belaku ini sebagai politik balas dendam kerajaan PH kerana ingin mengalih perhatian rakyat dari membicarakan soal kegagalan Pakatan Harapan melaksanakan janji-janji manis mereka.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan tersebut, beliau bersama gerakan Pemantau Malaysia Baru menyeru rakyat Malaysia untuk hadir menyatakan solidariti di ibupejabat SPRM di Putrajaya pada jam 9 hingga 11 malam ini.

Comments