Home Antarabangsa Pemindahan lebih 3,000 penduduk Syria ditangguh

Pemindahan lebih 3,000 penduduk Syria ditangguh

SHARE
SERANGAN udara di selatan Syria. - Foto AFP

BEIRUT: Pemindahan lebih 3,000 penduduk Syria dari empat kawasan yang dijadualkan semalam ditangguhkan sehari selepas serangan mengorbankan 126 orang, majoritinya penyokong kerajaan, kata aktivis pembangkang.

Setakat ini, punca pemindahan ditangguhkan adalah tidak jelas.

Agensi berita kerajaan SANA berkata, penangguhan itu dilakukan ketika roket militan Daesh menyasar beberapa kawasan kerajaan di bandar Deir el-Zour, timur Syria, mencederakan dua delegasi media Russia yang melawat kawasan terbabit.

Russia adalah penyokong utama Presiden Syria, Bashar al-Assad dan wartawan Russia bebas bergerak di kawasan dikawal kerajaan negara itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak memantau perjanjian pemindahan itu yang membabitkan penduduk beberapa perkampungan pro-kerajaan di Foua dan Kfarya serta beberapa kawasan pembangkang di Madaya dan Zabadani.

Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), Rami Abdurrahman dan Al-Manar TV milik Hizbullah sebelum itu berkata, 3,000 penduduk akan dipindahkan dari Foua dan Kfarya, sementara 200 lagi, majoritinya pejuang, akan dipindahkan dari Zabadani dan Madaya. -AP

Berita Harian

Comments