Home Antarabangsa Pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis ikut jadual

Pemindahan kedutaan AS ke Baitulmaqdis ikut jadual

SHARE
MOSHE Kahlon. - Foto REUTERS

BAITULMAQDIS: Israel menegaskan tidak akan membiarkan kerenah birokrasi melambatkan pemindahan Kedutaan Amerika Syarikat ke Baitulmaqdis yang dijadualkan Mei ini.

Pembinaan tembok keselamatan dan laluan keluar kecemasan memerlukan kebenaran perancangan, kata Menteri Kewangan, Moshe Kahlon, dalam kenyataan.

“Kami tidak akan membenarkan birokrasi melambatkan pemindahan,” katanya.

Kahlon berkata, langkah itu adalah kepentingan strategik kepada Israel dan kakitangannya akan melakukan apa diperlukan bagi menghormati jadual.

Melanggar dasar AS selama beberapa dekad, Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel secara rasmi dan berjanji memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments