Home Antarabangsa Pemimpin EU sepakat meterai perjanjian Brexit

Pemimpin EU sepakat meterai perjanjian Brexit

SHARE

BRUSSELS: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) secara rasmi bersetuju dengan perjanjian Brexit, hari ini dan menggesa warga Britain menyokong pakej Perdana Menteri Theresa May, ketika beliau berdepan tentangan hebat di parlimen negara itu.

Semua 27 pemimpin hanya mengambil masa tidak sampai setengah jam di persidangan di Brussels untuk meluluskan perjanjian 600 muka surat yang menggariskan syarat pengunduran Britain daripada EU pada 29 Mac dan satu pengisytiharan 26 muka surat yang menetapkan hubungan perdagangan bebas.

May kini berdepan cabaran membawa perjanjian itu kepada parlimen British yang amat berbelah bahagi. Difahamkan, kedua-dua belah golongan anti Eropah dan penyokong EU tegang.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments