Home Tempatan Pemimpin Cina Perlu Membantu Usaha Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Pemimpin Cina Perlu Membantu Usaha Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

SHARE

KUALA LUMPUR: Profesor Teo Kok Seong yang juga merupakan ahli Majlis Profesor Negara, menyokong kuat “niat” cadangan Datuk Dr Profesor Zainal Kling yang mahu melihat bahasa kebangsaan negara ini benar-benar menjadi aspek penting dalam nasionaliti (kerakyatan) seseorang warganegara Malaysia.

Menurut Profesor Teo Kok Seong, ”Cadangan itu agak sukar dilaksanakan kerana tiada peruntukan khas tentang perkara ini namun mesej pada cadangan itu perlu difahami, iaitu “seorang warganegara Malaysia ‘wajib’ mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang baik terhadap bahasa kebangsaannya.

Mengulas lanjut, beliau juga berpendapat sikap tidak peduli terhadap bahasa kebangsaan adalah tunjang utama  segelintir warganegara tidak fasih dan tidak boleh berbahasa kebangsaan walaupun bahasa kebangsaan digunakan dengan meluas.

“Apabila dibandingkan pekerja asing yang fasih berbahasa kebangsaan, dengan warganegara kita yang tidak sefasih pekerja asing, dan tidak boleh berbahasa kebangsaan, satu persoalan penting perlu ditimbulkan, iaitu “apakah erti kerakyataan Malaysia pada warganegara kita ini?”, Soal Profesor Teo Kok Seong.

Beliau turut meluahkan rasa kesal atas pendekatan memperkasakan bahasa kebangsaan selama ini  ternyata masih gagal kerana masih ramai warganegara tidak mampu menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Tambahnya lagi,” sistem pendidikan kita yang membenarkan wujudnya pelbagai aliran persekolahan telah menyebabkan ramai daripada lepasan persekolahan vernakular, hanya fasih berbahasa ibunda mereka sahaja.

Beliau juga menyeru pemimpin Cina misalnya untuk turut sama membantu menyelesaikan isu nasional ini dan sedar dengan kepentingan bahasa kebangsaan yang mempamerkan identiti dan jati diri kita tanpa mengira kaum.

Comments