Home Tempatan Pemimpin Bukan Islam Turut Menyokong RUU 355

Pemimpin Bukan Islam Turut Menyokong RUU 355

SHARE

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Undang-undang Islam hanya terpakai di kalangan Muslim iaitu penganut agama Islam manakala penganut agama lain tidak perlu khuatir dan langsung tidak terjejas dengan pelaksanaannya nanti, kata Timbalan Pengerusi IKATAN Selangor, Datuk Seri David Seow.

Menurutnya, kekhuatiran yang timbul mengenai  RUU 355 adalah disebabkan ketidakfahaman masyarakat umum terutamanya dari kalangan bukan Muslim dan ini hanyalah disebabkan oleh gimik dan provokasi yang dimanipulasikan oleh sesetengah pihak sahaja.

David berkata, RUU 355 dilaksanakan untuk penganut agama Islam bagi menjaga tatasusila dan moral penganutnya sekaligus dapat menjadikan masyarakatnya  hidup dalam suasana yang lebih baik selain mengurangkan kes salah laku jenayah yang berkenaan, manakala bagi bukan muslim kita tetap menggunakan undang-undang sivil.

Kata beliau, pelaksanaannya merupakan satu usaha yang murni ke arah pembentukan masyarakat yang lebih baik dari segi hubungan sosial sesama rakyat, di mana negara Malaysia khususnya terdapat kepelbagaian kaum yang mengamalkan pelbagai agama serta budaya dan pelaksanaan ini tidak sedikit pun menjejaskan sesiapa.

Secara peribadi, saya sentiasa percaya semua rakyat Malaysia mempunyai kepercayaan masing-masing termasuk dari segi agama dan budaya bahkan telah dapat membuktikan bahawa mereka dapat hidup bersama-sama dalam suasana harmoni dan saling hormat-menghormati.

Ditanya mengenai provokasi daripada pihak DAP, beliau berpandangan, DAP hanyalah salah satu dari parti politik bukan Islam yang terdapat di negara ini serta mempunyai pendirian dan misi perjuangan mereka tersendiri sepertimana parti-parti politik yang lain.

Comments