Home Tempatan Pembunuhan Imam Palestin Di Setapak Angkara Mossad

Pembunuhan Imam Palestin Di Setapak Angkara Mossad

SHARE

Setapak, Kuala Lumpur: Pasukan perisik Israel, Mossad disyaki menjadi dalang dalam pembunuhan seorang jurutera warga Palestin, Fadi al-Batsh di Kondominium Idaman Puteri baru-baru ini.

Fadi, 35 telah menerima sebanyak 4 das tembakan di dada dan kepala yang mengakibatkan kematian beliau di tempat kejadian.

Pembunuh dikatakan menaiki motosikal jenis BMW berkuasa 1100 cc telah menunggu mangsa selama 20 minit sebelum melepaskan 10 das tembakan.

Menurut laporan dari al-Jazeera, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa penjenayah disyaki berbangsa Eropah dan mempunyai kaitan dengan agensi perisikan luar negara.

Fadi al-Batsh merupakan pakar tenaga boleh diperbaharui dan telah dibunuh ketika dalam perjalanan untuk mengimamkan solat subuh di kawasan berhampiran rumahnya.

Menurut laporan ABC pula, Fadi telah menerima Ijazah Sarjana Kedoktoran dari Universiti Malaya pada tahun 2015 dan merupakan seorang pensyarah kanan di British Malaysia Institute.

Fadi telah menetap di kediamannya di Kuala Lumpur semenjak 8 tahun lepas dan merupakan seorang hafiz Qur’an.

Pembunuhan ini masih di bawah siasatan pihak berkuasa namun penglibatan anasir luar tidak dapat dinafikan buat masa ini.

Comments