Home Antarabangsa Pemberontak Houthi guna sekolah agama rekrut remaja

Pemberontak Houthi guna sekolah agama rekrut remaja

SHARE

KAHERAH: Kumpulan hak asasi mendakwa, pemberontak Houthi Yaman menggunakan sekolah agama untuk menarik lebih ramai golongan muda tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

Amnesty International menggambarkan ‘amalan keji’ itu dalam laporan yang diterbitkan hari ini, hasil temu bual dengan ahli keluarga kepada empat remaja, berusia 15 tahun hingga 17 tahun, yang direkrut puak pemberontak berkenaan.

Sehubungan itu, Timbalan Pengarah Amnesty International di Beirut, Samah Hadid, menggesa amalan itu dihentikan dan askar remaja itu dibebaskan segera.

“Tindakan yang ternyata melanggar undang-undang antarabangsa itu amat memalukan,” kata Hadid.

Arab Saudi mengetuai pakatan negara Arab cuba memulihkan kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi, yang disingkir pemberontak Houthi, sekutu Iran pada 2015.

Pertempuran itu mengorbankan lebih 10,000 orang di Yaman dan ratusan lain di Arab Saudi. – AP

Berita Harian

Comments