Home Tempatan Pelontar pendapat negatif tak faham institusi tahfiz

Pelontar pendapat negatif tak faham institusi tahfiz

SHARE
Datuk Mohd Kazim Elias

IPOH – Tragedi pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan segelintir  masyarakat terhadap pentadbir dan guru tahfiz.

Pengetua Pusat Pendidikan Al  Barakah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, pihaknya menganggap pihak yang melontarkan pendapat negatif itu tidak memahami kerana tidak terlibat mendidik pelajar terbabit.

“Bersabarlah tunggu siasatan sebelum keluarkan kenyataan menyalahkan pusat tahfiz. Tanpa menjaga sentimen kesedihan, dikutuk tahfiz ini seolah-olah buruk sedangkan suspek bukanlah pelajar tahfiz, siapa yang teruk?

“Rasa sedih bila pihak yang tak pernah menjaga tahfiz kutuk institusi sehingga ada mencadangkannya ditutup tanpa mengetahui pengorbanan guru untuk melahirkan rakyat yang baik agama dan akhlaknya. Pada masa sama, kilang haram yang bahaya kepada kesihatan tak pula ditutup,” katanya menerusi laman Facebook miliknya, semalam.

Untuk berita penuh, sila klik di sini

Sinar Online

Comments