Home Tempatan Pelantikan AG: Agong Perkenan Pelantikan Tommy Thomas

Pelantikan AG: Agong Perkenan Pelantikan Tommy Thomas

SHARE

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V atas nasihat Perdana Menteri mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu, demikian kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, “Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.”

“Pelantikan ini tetap memelihara hak keistimewaa orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.”

Surat yang dikeluarkan pada 4 Jun itu juga menyatakan Seri Paduka Baginda mengampuni perkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh Kerajaan Malaysia.

“Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia.”

Comments