Home Tempatan Pelampau agama tidak diperlukan

Pelampau agama tidak diperlukan

SHARE
ISTILAH Islam tidak seharusnya dipertikaikan sebagai amalan ritual semata-mata. GAMBAR HIASAN/BERNAMA

MALAYSIA adalah negara Islam yang amat unik ketika kita membicarakannya dalam konteks institusi Raja-Raja Melayu sebagai penjaga dan pelindung agama Islam. Sejarah negara ini mengemukakan banyak fakta dan peristiwa yang memungkinkan pihak Raja-Raja Melayu mengingatkan rakyat ke­pelbagaian kaum supaya tidak ber­tindak melampau menafikan kedaulatan agama Islam di negara ini.

Raja Melaka, Parameswara, me­ngikut catatan sejarah, meme­luk Islam sebagai lambang pengislaman kerajaan Melayu dan permulaan sejarah negara di bawah naungan Raja Melayu ini tidak seharusnya dicabar dengan sewenang-wenangnya.

Prinsip perundangan dan perlaksanaan Islam selaras dengan adat istiadat Melayu yang telah diterima berdekad-dekad lama­nya di negara ini seharusnya diambil sebagai satu kepunyaan rakyat semua kaum kerana pelaksanaan Islam secara adil itu tidak pernah menyentuh hak dan kepentingan serta kebebasan beragama rakyat bukan Islam.

Sejarah juga membuktikan ba­hawa Kerajaan Melaka pernah menerbitkan teks undang-un­dang yang bernama “Risalah Hu­kum Kanun” berasaskan un­dang-undang Islam tentang per­kahwinan, muamalat, keterang­an, kehakiman dan jinayat. Ri­­salah ini merupakan dokumen penting tentang pelaksanaan Islam di dalam masyarakat Tanah Melayu untuk menjamin kestabilan dan keadilan pemerintahan bagi masyarakat berbilang kaum yang sedia wujud pada ketika itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments