Home Tempatan Pelaksanaan SST tidak bermula 1 Jun

Pelaksanaan SST tidak bermula 1 Jun

SHARE

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan memulakan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 Jun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Seri Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan, hari ini, berkata tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian.

Namun, katanya, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar akan dikenakan pada bekalan barang serta perkhidmatan dibuat di dalam Malaysia serta diimport, bermula tarikh itu, berbanding enam peratus ketika ini.

Justeru, beliau berkata, semua peniaga perlu melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan pengenaan GST pada kadar sifar itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments