Home Antarabangsa Pekerja gudang Amazon protes tiada waktu solat

Pekerja gudang Amazon protes tiada waktu solat

SHARE

SAINT PAUL – AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira 300 pekerja beragama Islam berhimpun di luar gudang Amazon di Shakopee, Minnesota pada Jumaat lalu bagi membantah keputusan syarikat yang enggan memberi mereka lebih waktu untuk menunaikan solat.

Syarikat perniagaan atas talian terkenal itu memberi alasan, jadual kerja yang ketat menjadi punca permintaan mereka sukar untuk ditunaikan.

Mengikut standard Amazon, setiap pekerja perlu membungkus sekurang-kurangnya 240 kotak dalam tempoh sejam, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan pemotongan gaji, diberi surat amaran, malah boleh dibuang kerja.

Namun kumpulan terbabit berkata mereka mampu membungkus sehingga 400 kotak dalam tempoh ditetapkan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments