Home Tempatan Pekeliling Menghasut Bernard Paul Dipadamkan

Pekeliling Menghasut Bernard Paul Dipadamkan

SHARE

Hebahan rasmi Bishop of Melaka-Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul kepada penganut Katolik di negara ini yang dikatakan mengeluarkan kritikan keterlaluan sehingga mengapi-apikan penganut Katolik untuk tidak mengundi kerajaan sedia ada dilaporkan telah dipadamkan daripada laman web pergerakan itu.

Menurut Malaysiakini, dalam pekeliling tersebut Bernard Paul menggambarkan pilihan raya umum ke-14 sebagai “gerakan kemerdekaan kedua” untuk membebaskan Malaysia daripada individu yang menindas, melemahkan semangat, yang berbohong dengan diri mereka, bahawa mereka ‘mendahulukan rakyat’.”

Selain itu, Bernard Paul juga mendakwa bahawa, “Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih; tidak ada pilihan raya yang bersih; tidak ada institusi yang bersih; tidak ada penguatkuasa undang-undang yang bersih; tidak ada pengurusan kewangan dan sumber yang bersih; tidak ada pemimpin yang boleh dipercayai.”

Sehubungan itu, Paul menggesa penganut Katolik “menandakan X untuk perubahan dan Malaysia yang bersih”.

Sebelum ini, Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff telah membuat laporan polis berkenaan hebahan rasmi Bishop of Melaka-Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul kepada penganut Katolik di negara ini.

Comments