Home Tempatan Peguam Perlu Lebih Sensitif Dalam Mengendalikan Kes Agama

Peguam Perlu Lebih Sensitif Dalam Mengendalikan Kes Agama

SHARE

Kuching, Sarawak: Peguam wajar lebih sensitif apabila menguruskan kes-kes keagamaan yang boleh meletuskan ketegangan dalam masyarakat berbilang kaum, demikian menurut Menteri Pelancongan, Seni, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah portal  atas talian, “Peguam yang juga merupakan ahli politik perlu lebih sensitif apabila mengendalikan mana-mana kes melibatkan agama. Tanpa mengira agama, samada Islam mahupun Kristian mereka perlu lebih sensitif, dan kami semua perlu belajar daripada kejadian-kejadian pada masa lampau.”

Menteri tersebut mengulas kejadian yang berlaku setelah penghakiman kes murtad oleh Mahkamah Persekutuan di Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak dapat menghentikan dakwaan orang ramai yang menyatakan Biskop Simon Poh diserang, tetapi ia merupakan satu pengajaran yang baik.

Persatuan Gereja-Gereja Sarawak telah membuat laporan polis berkenaan insiden berkenaan.

Baru Bian seorang ahli politik dari parti PKR telah mewakili empat orang individu untuk memfailkan kes murtad termasuk seorang perempuan Melayu yang lahir dalam keluarga Islam.

Comments