Home Antarabangsa Pegawai polis saman NYPD kerana dituduh ‘pengganas, Taliban’

Pegawai polis saman NYPD kerana dituduh ‘pengganas, Taliban’

SHARE

NEW YORK: Seorang pegawai polis beragama Islam menyaman Jabatan Polis New York (NYPD) atas dakwaan membulinya dengan panggilan dengan panggilan ‘pengganas, Taliban’.

Danielle Alamrani, 38, yang menyertai NYPD pada 2006, dan memeluk Islam setahun kemudian juga mendakwa ada pegawai polis yang cuba mengoyakkan tudungnya.

Menurut saman yang dikemukakan, Alamrani mendakwa beliau mula diganggu dan dibuli, malah dipukul, apabila memakai hijab ke tempat kerja pada 2008.

Katanya, sebaik sahaja beliau memakai tudung ke tempat kerja, pegawai lain mula menggelar Alamrani dengan panggilan ‘pengganas’ dan ‘Taliban’.

Mereka juga memberitahu Alamrani bahawa beliau tidak sepatutnya menjadi anggota polis.

Semua dakwaan itu dikemukakan dalam saman yang difailkan di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

“Keadaan semakin buruk pada 2012, apabila Alamrani diserang secara fizikal oleh dua pegawai yang cuba menanggalkan tudungnya,” lapor New York Post yang memetik kenyataan saman.

Alamrani berkata, beliau mempunyai bukti media sosial berhubung gangguan itu.

Malah, pada 2015, beliau berjaya mengesan ada seorang pegawai yang menyiarkan gambarnya berhijab di lapang sasar yang diambil daripada Facebook miliknya.

Beliau berkata, gambar itu menimbulkan rasa kurang selesa rakan sekerja hingga ada yang menggelarnya sebagai ‘sasaran bergerak’.

“Banyak komen dikeluarkan termasuk ancaman keganasan,” kata peguamnya, Jesse Curtis Rose. – AGENSI

Berita Harian

Comments