Home Tempatan Pedofilia Ialah Sebahagian Dari LGBT – Pelobi MAPs

Pedofilia Ialah Sebahagian Dari LGBT – Pelobi MAPs

SHARE

Kumpulan pedofilia atau individu yang mempunyai kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan kumpulan bawah umur, sedang berusaha keras untuk menjenamakan kumpulan mereka sebagai MAPs yakni ‘Minor Attracted Persons’ (Orang Yang Tertarik Secara Seksual Terhadap Minor) dalam usaha untuk menghalalkan perbuatan pedofilia bagi mendapat penerimaan yang lebih meluas, khasnya di Amerika Syarikat dengan menyertai gerakan lobi LGBT.

Menurut Urban Dictionary, MAPs secara keseluruhan meliputi infantil (bayi), pedophile (kanak-kanak pra-pubescent), hebephile (kanak-kanak pubescent), dan ephebophile (kanak-kanak selepas baligh). Sesetengah MAPs juga merujuk kepada diri mereka sendiri sebagai NOMAPs atau “Orang Yang Tidak Tertarik Secara Seksual Terhadap Kumpulan Minor”.

Keinginan mereka untuk diterima sebagai sebahagian daripada kumpulan LGBT sangat tinggi sehingga mereka telah menghasilkan bendera pelangi LGBT versi MAPs.

Juga dilaporkan bahawa “Komuniti MAPs / NOMAPs” cuba menarik simpati orang ramai dengan mendakwa bahawa kumpulan pedofilia adalah disalah faham dan sering dipinggirkan, dan selagi mereka tidak bertindak terhadap tarikan seksual mereka terhadap kanak-kanak atau dalam sesetengah kes bertindak hanya apabila mereka mendapat kebenaran daripada kanak-kanak tersebut, mereka sepatutnya tidak dipersalahkan.

Menurut laporan yang sama, kini muncul banyak blog yang melobi dan menyatakan sokongan terhadap MAPs dan menegaskan MAPs seharusnya menjadi salah satu cabang komuniti LGBT. Kumpulan ini juga sedang berusaha untuk mewujudkan “ruang selamat” untuk golongan MAPs ini.

Malaysia sebelum ini pernah digemparkan dengan kes Richard Huckle, yang telah didakwa melakukan pencabulan ke atas kanak-kanak Malaysia di sebuah gereja haram yang mencetuskan kontroversi sebelum ini. Richard Huckle, telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah British atas 71 kesalahan seksual ke atas kanak-kanak.

The Star sebelum ini melaporkan, antara kesalahan yang dilakukan oleh Huckle ialah, pencabulan ke atas 22 orang kanak-kanak dari keluarga miskin di Kuala Lumpur, semasa beliau bertugas sebagai seorang sukarelawan komuniti Kristian di Malaysia.

Comments