Home Pendapat Pedofilia Berselindung disebalik Gereja

Pedofilia Berselindung disebalik Gereja

SHARE

Setiap tahun pada bulan April, Amerika Syarikat akan menyambut Bulan Kesedaran Serangan  Seksual (SAAM) seiring sambutan Bulan Pencegahan Penderaan Kanak-kanak Nasional. Matlamat SAAM adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keganasan seksual dan untuk mendidik masyarakat mengenai cara untuk mencegahnya. Pada tahun 2016, mantan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mengeluarkan perisytiharan Presiden yang menyatakan: “Semasa Bulan Pencegahan Penderaan Kanak-kanak Nasional, kami ingin  memberi kanak-kanak ini  peluang untuk berjaya dan memastikan bahawa setiap kanak-kanak ini membesar dalam keadaan selamat, stabil dan memupuk persekitaran yang bebas daripada penderaan dan pengabaian.”
 
Kesedaran berkaitan dengan isu-isu serangan seksual semakin meningkat, termasuk di Malaysia. Namun, ini tidak menghalang Richard Huckle dari merogol kanak-kanak di Malaysia. Beliau mendera seramai 200 bayi dan kanak-kanak di Malaysia. Sebagai trofi pencapaian beliau, imej mangsa rogolnya dikongsi bersama dunia di laman “dark web”.
 
Richard Huckle berumur 32 tahun, adalah seorang rakyat Britain yang bekerja sebagai jurugambar, berasal dari Kent, England. Dia datang ke Malaysia dan menyamar sebagai seorang guru Bahasa Inggeris dan sebagai seorang dermawan untuk masyarakat Kristian yang miskin di Kuala Lumpur. Dia telah mengaku bersalah ke atas 71 tuduhan  termasuklah kesalahan merogol kanak-kanak yang berusia antara enam bulan hingga 12 tahun dari tahun 2006 sehinggalah beliau ditangkap pada tahun  2014.
                                                                                                                                                                                                                  
Dia juga menghasilkan satu manual setebal 60 muka surat yang bertajuk “Pedofilia dan Kemiskinan : Panduan Mencintai Kanak-Kanak”.  Manual itu berkisar mengenai bagaimana cara memilih mangsa daripada kalangan kanak-kanak yang serba kekurangan dan kaedah untuk mengelak daripada dikesan. Dia juga mewujudkan “Paedo Wiki Guide” dan menerbitkannya dalam talian, iaitu satu laman web yang akan menjadi panduan kepada perogol kanak-kanak yang lain.
 
Selain daripada itu, dia juga mencipta permainan untuk memuaskan nafsu songsangnya di mana permainan tersebut mempunyai 15 tahap yang berbeza bagi mengkategorikan kanak-kanak yang menjadi mangsanya. Tahap kepuasan itu akan dinilai dari “paling rendah” kepada “yang paling dasyat” pada “Paedopoints” yang tercatat di komputernya. Dia (Richard Huckle) digelar sebagai “Syaitan yang bersembunyi di gereja” menurut sebuah portal Malaysia, The Star Online.
 
Dia digambarkan sebegitu  kerana perbuatan kejinya di sebuah gereja di Kuala Lumpur. Dia dikatakan telah menghabiskan masa selama tiga bulan di gereja tersebut. Sebagai seorang rakyat Britain, Huckle kerap berulang-alik antara Britain dan Malaysia. Dia akan menawarkan bantuan untuk mengajar di sekolah-sekolah dan gereja. Dia juga mula melatih kanak-kanak untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan di Kuala Lumpur. Sepanjang masa tersebut, dia dipercayai melakukan penderaan terhadap kanak-kanak tersebut. 
 
Gereja yang dimaksudkan adalah, Community of Praise, sebuah gereja Protestan yang dikendalikan oleh Pastor Paul Packianathan. Gereja tersebut  mempunyai cawangan di Taman Medan, Petaling Jaya, dan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Gereja tersebut digambarkan sebagai gereja yang bebas, kurang pengawasan dan peraturan kerana ia merupakan badan milik persendirian. 
 
Walau bagaimanapun, Pastor Paul akhirnya menafikan sebarang perbuatan penderaan seksual kanak-kanak dalam jemaahnya atau masyarakat sekeliling. Beliau mendakwa Huckle hanya melawat Community of Praise di Taman Wahyu “sekali sekala” sebagai ahli kariah gereja tersebut. 
 
Pada tahun 2015, salah satu cawangan gereja tersebut di Taman Medan, Petaling Jaya telah mendapat perhatian umum. Gereja tersebut dibina di atas tanah lot komersial dan telah beroperasi secara haram tanpa permit. Seramai 50 orang penduduk mengadakan tunjuk perasaan di hadapan gereja tersebut untuk membantah dan menuntut agar simbol salib Kristian diturunkan. 
 
Kisah ini telah menimbulkan kekesalan, kemarahan dan kebencian yang mendalam terhadap apa yang telah berlaku di sebuah tempat yang suci. Walau bagaimanapun, jika ditinjau kembali, trauma yang dialami mangsa akibat daripada perbuatan keji itu boleh dielakkan sekiranya Community of Praise mengekang masalah ini daripada awal. Mungkin, mereka yang bertanggungjawab dalam Community of Praise cuba untuk melepaskan diri dari pemantauan dan peraturan, lalu terjatuh ke dalam perangkap syaitan. 
 
Tetapi, semuanya akan menjadi lebih baik bagi kanak-kanak tersebut sekiranya gereja haram itu tidak pernah didirikan langsung. 

Comments