Home Antarabangsa PBB siasat kes pembunuhan, rogol etnik Rohingya

PBB siasat kes pembunuhan, rogol etnik Rohingya

SHARE
Daripada temu bual yang dibuat oleh PBB, ramai wanita etnik Rohingya mengaku pernah dirogol oleh anggota keselamatan negara itu. – Foto Reuters

RAKHINE – MYANMAR. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan menyiasat kes pembunuhan dan rogol yang berlaku terhadap etnik Rohingya.

Memetik laporan BBC,  daripada 101 wanita yang di temu bual, 52 daripadanya menyatakan telah dirogol atau mengalami keganasan seksual daripada pasukan keselamatan Myanmar.

Biarpun kes rogol bukan lagi perkara baharu yang berlaku terhadap wanita-wanita Rohingya kerana sering dinafikan oleh penasihat negara itu, Aung San Suu Kyi.

Suu Kyi menerusi beberapa kenyataan sebelum ini menafikan kejadian seumpama itu dan menegaskan pasukan keselamatan Myanmar tidak akan berbuat seperti yang dilaporkan dan sentiasa mengikut lunas undang-undang negara itu.

Namun, jurucakap Suu Kyi memberitahu BBC, dakwaan terkini adalah amat serius dan pegawai akan kerajaan negara itu akan bertindak.

Siasatan PBB ini sebagai hak asasi manusia bagi mendapatkan hak sewajarnya terhadap etnik Rohingya ini khususnya dakwaan pencabulan oleh tentera Myanmar terhadap minoriti Rohingya Islam di Myanmar.

Kira-kira 70,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Bangladesh bagi tempoh enam bulan lalu, dan kini PBB sedang mengumpulkan akuan rogol serta kes pembunuhan yang dilakukan secara besar-besaran.

Namun, seorang pegawai kerajaan membidas tindakan PBB dan menyifatkan siasatan seperti itu seharusnya membiarkan Mynamar menguruskan hal itu dengan sendiri.

Resolusi yang dibawa oleh Kesatuan Eropah (EU) diterima pakai oleh konsensus, memutuskan untuk meneruskan siasatan di mana kini mereka dalam proses mencari bukti bagi memastikan akauntabiliti penuh bagi pelaku serta keadilan untuk mangsa.

Bulan lalu, PBB menerbitkan satu laporan khas selepas mengadakan temu bual dengan lebih daripada 200 pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh.

Hampir separuh daripada mereka yang ditemu bual mengakui ada antara ahli keluarga mereka telah dibunuh oleh pihak keselamatan Mynamar.

Sinar Online

Comments