Home Antarabangsa PBB rayu sumbangan bantu pelarian Syria

PBB rayu sumbangan bantu pelarian Syria

SHARE

UNITED NATION, 26 Rabiulakhir 1438H, Rabu – Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan bantuan kemanusiaan merayu sumbangan sebanyak AS$4.63 bilion untuk tahun ini, bagi membantu pelarian Syria.

Permohonan PBB dan 240 agensi bersama termaktub dalam program Pelarian dan Ketahanan Rancangan Wilayah (3RP) bagi 2017 dan 2018.

Program berkenaan bertujuan membiaya dan membantu lebih 4.7 juta pelarian di Turki, Lubnan, Jordan, Iraq dan Mesir.

Negara-negara itu telah menanggung beban krisis pelarian yang dicetuskan daripada konflik di Syria, sehingga terpaksa berdepan cabaran kemasukan rakyatnya.

Sebanyak AS$4.63 bilion diperlukan bagi tahun 2017, sementara jumlah bantuan untuk tahun depan masih belum ditetapkan.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi pelarian, Filippo Grandi berkata, daripada jumlah berkenaan, dianggarkan AS$3.4 bilion diperlukan pada 2017 untuk disumbangkan kepada 13.5 juta orang yang masih di Syria dan terjejas konflik.

“Pelarian Syria dan masyarakat setempat memerlukan sokongan kita lebih daripada biasa.

“Masyarakat antarabangsa mesti menghantar mesej yang jelas bahawa kita bersama-sama dengan mereka dan memberikan sokongan terhadap mereka,” katanya.- Agensi

Comments