Home Antarabangsa PBB rayu bantuan RM25 bilion, atasi kebuluran

PBB rayu bantuan RM25 bilion, atasi kebuluran

SHARE
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Hungary, Peter Szijjarto semasa sesi bergambar sebelum mesyuarat mereka di ibu pejabat PBB, New York. - Foto AP

NEW YORK: Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam, merayu bantuan AS$5.6 bilion (RM24.9 bilion), dengan AS$4.4 bilion (RM19.5 bilion) daripadanya diperlukan menjelang Mac bagi mengelak kebuluran di timur laut Nigeria, Somalia, Selatan Sudan dan Yaman.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 20 juta orang sedang berdepan kebuluran.

Rayuan Guterres itu turut disertai Pentadbir Program Pembangunan PBB, Helen Clark; Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB yang juga ketua Pejabat PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Stephen O’Brien serta Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Ertharin Cousin menerusi pautan video pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di sini.

Cousin berkata, dua daerah di Selatan Sudan sudah memenuhi kriteria diisytihar sebagai kawasan yang mengalami situasi kebuluran.

“Jika kita tidak bertindak sekarang, ia hanya menunggu masa untuk memberi kesan kepada kawasan dan negara lain,” kata Guterres.

Katanya, satu daripada halangan terbesar dihadapi ialah, pembiayaan operasi kemanusiaan di empat negara itu membabitkan kos lebih melebihi AS$5.6 bilion tahun ini.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya AS$4.4 bilion dolar menjelang Mac ini untuk mengelakkan malapetaka,” kata Gutteres.

O’Brien, berkata, 20 juta penduduk yang berdepan kebuluran atau risiko kebuluran dalam tempoh enam bulan akan datang termasuk 1.4 juta kanak-kanak, juga berisiko menemui ajal akibat tidak cukup zat.

Sejumlah 260,000 korban dicatatkan ketika pertubuhan dunia itu mengisytiharkan kebuluran di Somalia yang berakhir pada pertengahan 2012.

Berita Harian

Comments