Home Antarabangsa PBB mahu runding isu Rohingya

PBB mahu runding isu Rohingya

SHARE

COX BAZAR – BANGLADESH. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menggesa Bangladesh membenarkan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS), Kanada dan beberapa negara Eropah bagi menempatkan kira-kira 1,000 penduduk Islam Rohinya yang tinggal di negara itu.

Wakil UNHCR Bangladesh, Shinji Kubo berkata, pihaknya akan berusaha untuk mendapatkan penempatan semula kepada mereka yang sangat memerlukan meskipun rintangan semakin meningkat di negara maju terutamanya kerajaan di bawah pentadbiran Donald Trump.

“Kami akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkenaan termasuk Washington. Tidak kira perubahan dalam kerajaan atau polisi kerajaan, UNHCR mempunyai tanggungjawab jelas untuk meneruskan program penempatan semula.

“1,000 pelarian Rohingya dikenal pasti keutamaan penempatan semula atas alasan perubatan atau kerana mereka dipisahkan daripada ahli keluarga yang tinggal di luar negara,” katanya.

Katanya, proses menempatkan pelarian jadi cabaran kerana sebilangan kecil peluang penempatan semula diperuntuk, lapor Reuters.

Sinar Online

Comments